Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Atlet Malaysia diberikan peluang kedua

    KUALA LUMPUR, 6 JAN – Peluang kedua masih lagi terbuka buat atlet kebangsaan yang gagal disenaraikan ke dalam program latihan Majlis Sukan Negara (MSN) bagi tahun ini, kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

    Bagaimanapun, Ahmad Shapawi berkata atlet terlibat perlu membuktikan mereka benar-benar layak untuk kembali mengikuti program latihan MSN tahun ini selepas nama mereka digugurkan sebelum ini.

    “Peluang wujud kepada semua atlet dan sentiasa terbuka selagi mereka mampu membuktikan untuk memberi pulangan yang setimpal dengan pelaburan dilakukan kepada mereka.

    “Malah kita ada beberapa atlet olahraga yang dikhabarkan mahu cuba membuktikan mereka masih terbaik bukan sahaja di dalam negara tetapi di rantau Asia Tenggara,” katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

    Justeru, Ahmad Shapawi percaya bukan sahaja MSN, malah persatuan sukan yang diwakili mereka juga bersedia menerima kepulangan semula atlet ke dalam program latihan, seterusnya membantu mengasah bakat para atlet sehingga mencapai prestasi tertinggi.

    Semalam, beliau memaklumkan peruntukan terhad diberikan MSN menyaksikan badan induk sukan itu terpaksa mengurangkan jumlah atlet dalam program latihan dengan menawarkan 248 berbanding 432 tempat tahun lepas kepada atlet biasa manakala 45 tempat untuk atlet para berbanding 114 tempat untuk mengikuti program ditawarkan.

    Seramai 178 atlet pelapis pula ditawarkan kontrak baharu berbanding 260 tahun lepas manakala 22 atlet pelapis para pula diberi peluang untuk menikmati program latihan selepas tiada kuota ditawarkan kepada mereka sebelum ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...