Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet negara menyerlah di Singapura

    Dua atlet negara, Kamarul Ariffin dan Saidin, merupakan antara atlet boling negara yang menyerlah di kejohanan itu.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Atlet Para Negara Brunei Darussalam beraksi cemerlang dengan meraih satu pingat emas dan tiga gangsa di World Para Bowling Tour Series 2018, Singapura.

    Kejohanan itu,  yang berlangsung di Temasek Rifle Range Bowling Centre, sudah bermula sejak 25 Februari dan menyaksikan Kamarul Ariffin bin Haji Abdul Ghaffar menjulang pingat emas setelah menewaskan rakan senegaranya, Saidin Haji Damit bagi Divisyen TPB2.

    Manakala dalam Divisyen TPB1, atlet negara, Muhd Jamary Danggat terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan meraih pingat gangsa. Sementara itu Khairul Anuar bin Haji Abdul Ghaffar juga meraih pingat perak dalam Divisyen TPB3. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda