Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Atlet orang kuat pecah rekod

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Atlet orang kuat tempatan, Awang Abdul Malik Al-Mukkaramah bin Haji Mohd Yusof mencapai kejayaan baharu dalam kerjayanya selepas memecahkan Rekod Dunia Axle Deadlift Static Monster baharu semasa RPE7 Static Monster World 2023 x Donuts and Deadlift di Iron Street Gym baru-baru ini.

    Atlet terkemuka negara itu mencatatkan jumlah keseluruhan 347 kilogram (kg) untuk mengatasi markah sebelumnya iaitu 310kg yang dicipta oleh Daniel Jay dari United Kingdom dalam Kategori Lelaki Bawah 70kg tahun lalu.

    Sementara itu, atlet tempatan dan rakan pesaing, Pengiran Abdul Aziz bin Pengiran Kamalrudzaman mencipta rekod kebangsaan baharu dalam Axle Deadlift Static Monster dengan jumlah 365kg.

    Awang Abdul Malik juga muncul juara Kategori Lelaki Bawah 70kg, manakala Pengiran Abdul Aziz memenangi Kategori Lelaki Bawah 90kg.

    Dalam pada itu, pemenang-pemenang lain dalam kategori masing-masing turut diraikan termasuk Haji Houeri dalam Terbuka Lelaki, Dayang Nadya (Terbuka Wanita), Awang Rifaie (Lelaki Bawah 105kg) dan Awang Ardinin (Lelaki Bawah 80kg).

    Bagi acara Donuts and Deadlifts: Maxout Deadlift Last Man Standing pula, Awang Ridhwan merangkul gelaran kategori Lelaki, manakala Dayang Amira memenangi kategori Wanita.

    Para peserta bergambar bersama pingat yang mereka menangi baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN IRON STREET GYM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...