Saturday, May 10, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet Para negara menyerlah di Singapura

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Atlet Para Negara Brunei Darussalam beraksi cemerlang dengan meraih satu pingat emas dan tiga gangsa di World Para Bowling Tour Series 2018, Singapura.

    Kejohanan itu, yang berlangsung di Temasek Rifle Range Bowling Centre, sudah bermula sejak 25 Februari dan menyaksikan Kamarul Ariffin bin Haji Abdul Ghaffar menjulang pingat emas setelah menewaskan rakan senegaranya, Saidin Haji Damit bagi Divisyen TPB2.

    Manakala dalam Divisyen TPB1, atlet negara, Muhd Jamary Danggat terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan meraih pingat gangsa. Sementara itu Khairul Anuar bin Haji Abdul Ghaffar juga meraih pingat perak dalam Divisyen TPB3.

    Jurulatih pasukan negara, Ahmad Athery bin Haji Abdul Samad ketika dihubungi berkata semua atlet negara menunjukkan daya saing yang positif selain memperlihatkan motivasi dan keingginan yang tinggi.

    “Kami sangat bersyukur dengan kejayaan pingat emas dan perak yang berjaya diraih di sini.

    Dua atlet negara, Kamarul Ariffin dan Saidin, merupakan antara atlet boling negara yang menyerlah di kejohanan itu.

    “Fizikal dan mentaliti pemain kita pada tahap yang terbaik.

    “Saya berharap mereka akan terus berjaya merangkul pingat demi pingat dalam kejohanan seperti ini.

    “Di mana penyertaan pertama kali pemain kita dalam kejohanan ini boleh dijadikan tanda aras yang positif bagi cabaran dan sukat-sukat atlet seterusnya,” ujarnya kepada Media Permata.

    Di kejohanan yang berlangsung di Singapura itu, atlet-atlet negara bersaing sengit dengan para peserta dari beberapa buah negara antaranya Australia, Japan, Malaysia, Korea dan peserta tuan rumah Singapura.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda