Oleh Fadhil Yunus
BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Atlet pecut Brunei berjaya sampai ke peringkat akhir dalam acara 100m Lelaki dalam Sukan SEA Deaf 2022 di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, kelmarin.
Muhammad Aslam bin Mohd Hassan mendapat tempat kelima dengan catatan masa keseluruhan sebanyak 12:47 saat (s), manakala Haji Zulkhairi bin Haji Md Tahir mendapat tempat ketujuh dengan catatan masa keseluruhan sebanyak 13:83s.
Atlet Malaysia menyapu bersih kedudukan podium dengan Nur Shahdan Muhamad (11:37s) memenangi pingat emas, Muhammad Zamir bin Azman (11:63s) memenangi pingat perak, dan Muhammad Irshad bin Saizul (11:77s) memenangi pingat gangsa.
Sementara itu, pelari jarak sederhana kebangsaan, Amiruddin bin Haji Mohd Zain bersaing dalam acara 1500m dan mencatatkan masa 05:40.59s.