Oleh James Kon
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Brunei akan diwakili oleh pasukan lelaki dan wanita dalam Asia Softball Masters 2022 yang akan diadakan di Kelab Rekreasi Singapura dari 3 hingga 6 November ini.
Hadir bagi menyampaikan bendera kebangsaan kepada ketua pasukan, Wan Tambrin dan Rosimah Tahir ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Lela Pahlawan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Mohd Jaafar bin Haji Abdul Aziz selaku Presiden Persatuan Besbol dan Sofbal Amatur Brunei (BASBA).
Brunei pernah menganjurkan kejohanan yang serupa pada tahun 2019, di mana tujuh negara telah mengambil bahagian iaitu Brunei, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura dan Thailand. Dalam kejohanan tersebut pasukan wanita negara telah mendapat gelaran juara manakala pasukan lelaki mendapat tempat ketiga.
