Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet tae kwan do negara bawa pulang pingat

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JULAI – Kelab tae kwan do negara, United Taekwondo Gym; 018 MMA Academy, dan Hybrid MAA telah bergabung baru-baru ini untuk menyertai Kejohanan Tae Kwan Do Dunia Hanmadang 2023 yang berprestij di Korea Selatan yang diadakan setiap tahun.

    Salah seorang atlet tae kwon do negara, Juliana binti Abas berjaya meraih pingat emas (High jump kick) dan Perak (Long jump kick) Kategori Junior manakala Sarifuddin bin Rahim memenangi pingat Gangsa (Side/Back kick breaking) Kategori Senior.

    Hyde Nachman bin Hijium, Hyde Nathania binti Hijium dan Ahmad Zahid bin Borhanuddin pula berjaya mendapatkan pingat gangsa (Acara Poomse Berpasukan Campuran).

    Sebanyak 58 negara dari seluruh dunia turut serta bertanding pada kejohanan berprestij tersebut pada tahun ini.

    Sementara itu, Pasukan Taekwondo Kebangsaan Brunei Darussalam telah menyertai Kejohanan Antarabangsa Universiti Sehan 2023 di Korea Selatan baru-baru ini.

    Atlet tae kwan do negara bergambar ramai bersama pingat masing-masing di atas podium. – Gambar serahan Persatuan Tae kwon do Brunei Darussalam
    Gambar serahan Brunei Darussalam Taekwondo Association

    Empat daripada mereka bertanding dan memenangi pingat dalam dua kategori iaitu Acara Solo dan Acara Pasangan Campuran.

    Bagi Acara Solo Lelaki pula, Hydee Nachman memenangi pingat emas, manakala Ahmad Zahid meraih pingat perak.

    Bagi Acara Solo Wanita pula, Hyde Nathania dan Hyde Natrisha binti Hijium masing-masing memenangi perak dan gangsa.

    Dalam saingan kategori Pasangan Campuran, Hydee Nachman dan Hyde Nathania membawa pulang pingat emas manakala Ahmad Zahin dan Hyde Natrisha memenangi pingat perak.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda