Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet tinju Brunei bawa pulang lima pingat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Lima atlet tinju dari King of the Gym, Brunei, mengharumkan nama Negara apabila berjaya membawa pulang tiga pingat emas, satu perak dan satu gangsa di Kejohanan Tinju Sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang diadakan di Limbang, Sarawak, baru-baru ini.

    Selain berjaya membawa pingat, salah seorang petinju dari King of the Gym, Syhami, turut dinobatkan sebagai The Best Boxer pada kejohanan tersebut.

    Sementara itu, jurulatih King of the Gym turut dipilih sekali lagi sebagai The Best Coach, yang sekali gus pengiktirafan kedua di kejohanan yang sama.

    Pencapaian cemerlang ini sekali lagi membuktikan keupayaan dan dedikasi pasukan King of the Gym dalam melahirkan atlet tinju berpotensi tinggi di peringkat serantau.

    Atlet tinju dari King of the Gym, Brunei membawa pulang lima pingat di Kejohanan Tinju Sempena Hari Kebangsaan Malaysia, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KING OF THE GYM, BRUNEI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda