Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet triatlon Korea Selatan bunuh diri kerana dianiaya

    SEOUL, 2 JULAI – Atlet triatlon Korea Selatan membunuh diri setelah bertahun-tahun menderita akibat penganiayaan fizikal dan lisan daripada jurulatihnya dan aduannya kepada pihak berkuasa sukan didakwa diabaikan, menurut laporan.

    Choi Suk-hyeon, 22, yang memenangi pingat gangsa dalam acara wanita junior pada kejuaraan triatlon Asia 2015 di Taipei, dilaporkan meninggal dunia di asrama pasukannya di Busan bulan lalu.

    Menurut tangkapan skrin perbualan terakhirnya dengan ibunya yang diedarkan secara meluas, dia meminta mereka menanggung dosa pelakunya. Korea Selatan adalah pasukan yang terkuat di rantau Asia dan antara 10 negara teratas di kedudukan di Olimpik musim panas dan musim sejuk.

    Tetapi dalam kehidupan masyarakat yang semakin kompetitif, kemenangan menjadi kepentingan dalam komuniti sukannya dan penganiayaan fizikal dan lisan diketahui sering berlaku.

    Choi menduduki tempat keempat dalam kejuaraan kebangsaan 2016 elit wanita tetapi jatuh ke tangga ke-14 dalam pertandingan yang sama tahun lalu.

    Choi pernah menulis dalam jurnalnya “Hujan hari ini dan saya dipukul dengan sangat teruk, saya menangis setiap hari.”

    Banyak laporan di media Korea Selatan mengatakan Choi menyusun rakaman audio penderaan fizikal.

    Dalam satu fail yang disiarkan oleh stesen berita kabel YTN, jurulatihnya marah kerana dia menambah berat badan “Anda harus mengelakkan makan selama tiga hari,” katanya. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda