Atlet uji pusat luncur nasional China

BEIJING, 8 OKT – Minggu Latihan Antarabangsa acara Bobsleigh secara rasminya dimulakan kelmarin di Pusat Gelongsor Nasional (National Sliding Center) yang terletak di zon pertandingan Yanqing, venue Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

Atlet dari 24 negara termasuk Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan Rusia buat pertama kalinya menggunakan trek pertandingan bagi acara Bobsleigh dan Luge yang pertama dibina di China.

Menurut jadual, gelanggang itu akan menjadi venue kepada lima acara ujian mulai 5 Oktober hingga 22 November, selain venue untuk Minggu Latihan Antarabangsa dan Piala Dunia Luge serta Bobsleigh dan Skeleton Time Trial.

Pusat yang diberi gelaran “Naga Salji” itu merupakan trek pertandingan acara Bobsleigh dan Luge yang ke-17 di dunia, yang ke-3 di Asia dan pertama di China. – Bernama