Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet veteran bawa pulang 15 emas, 2 perak

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada empat atlet veteran Daerah Tutong meraih keputusan yang cemerlang apabila membawa pulang 15 pingat emas dan dua pingat perak dalam Kejohanan Johor-Singapore International Masters Athletics Championship 2024 yang berlangsung di Mount Austin Stadium Johor Baru, Johor, Malaysia pada 15 dan 16 November lalu.

    Dalam kejohanan berkenaan, atlet veteran negara telah mengambil bahagian dalam acara-acara padang dan balapan iaitu 400m, 1,500m, 2,000m, 3,000m, lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi, lontar lembing mengikut kategori umur masing-masing serta larian berganti-ganti 4x400m terbuka.

    Daripada 15 pingat emas dan dua pingat perak yang dimenangi, Haji Ariffin bin Abdullah dalam kumpulan umur (80-84) telah mengumpul empat pingat emas dalam acara 400m, 800m, lompat kijang dan lompat jauh.

    Haji Abdul Rani bin Haji Matasan juga mendapat empat pingat emas dalam acara lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lontar lembing dalam kumpulan umur (75-79) manakala bagi kumpulan umur (65-69), Awang Marznimurney bin Abdullah mendapat empat pingat emas dalam acara 400m, 800m, 1,500m dan 3,000m.

    Sementara itu, atlet veteran wanita dalam kumpulan umur (55-59), Dayang Husna binti Abdullah yang juga selaku pengurus pasukan, telah mendapat tiga pingat emas dalam acara 800m, 1,500m dan 2,000m serta dua pingat perak dalam acara 400m dan larian berganti-ganti 4×400 m terbuka.

    Kejohanan berkenaan turut disertai atlet-atlet veteran dari Sri Lanka, India, Indonesia, Singapura, Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak selain Negara Brunei Darussalam.

    4 atlet negara bersama pingat-pingat yang dimenangi dalam kejohanan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN ATLET VETERAN  DAERAH TUTONG
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda