Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Atlet dari Brunei Darussalam Master Atletic Association (BDMAA) telah memenangi 13 pingat dalam Salatiga Master Athletic Championship III, 2024 yang berlangsung di Kridanggo Stadium Salatiga Semerang Indonesia, baru-baru ini.
Dalam kejohanan itu, Pengiran Azizul Akbar telah berjaya mendapat dua pingat emas dalam perlawanan Shot put dan Discus, sementara Alinawati Haji Aliakbar berjaya mengumpul tiga pingat emas dalam perlawanan Javelin dan dua pingat perak dalam Shot put dan Long Jump.
Sementara itu, Omar Kahar pula memenangi pingat emas dalam acara berjalan sejauh 3000 meter diikuti Haji Safri / Haji Tiang Mudin mendapat tiga perak dalam acara 100M, 200M, Long Jump dan satu gangsa dalam acara Triple Jump, manakala Ampuan Md Khifli mendapat pingat perak dalam acara Discus.
Menyertai rombongan peserta dalam kejohanan tersebut adalah Setiausaha Persatuan Hajah Mariah Haji Metussin, selaku pengurus pasukan.
Atlet negara berada di Kota Salatiga Indonesia selama lima hari di mana kejohanan tersebut telah disertai oleh lebih 600 peserta dalam dan luar negeri yang menyahut cabaran dalam 11 acara padang dan balapan.
“Persiapan selepas ini ialah untuk menyertai Sabah Master Athletic (SMAC) pada bulan September 2024 di Keningau dan Malaysian International Master Open 2024 (MOAMC 2024) bulan October di Stadium MSN Bukit Jalil,” jelasnya.


