PHNOM PENH, 10 MEI – Atlet wusyu Negara Brunei Darussalam, Muhammad Adi Salihin bin Roslan mencatat sejarah sebagai ahli sukan negara paling berjaya di Sukan Asia Tenggara (SEA) selepas memenangi emas dalam acara nanquan lelaki.
Atlet negara itu mengumpul sejumlah 9.636 mata untuk menduduki tempat teratas pada pusingan akhir di Dewan Pusat Konvensyen Chroy Changvar di Phnom Penh, Kemboja, hari ini.