Oleh Fadhil Yunus
FILIPINA, 1 DIS – Atlet wusyu kebangsaan Brunei Darussalam, Basma Lachkar dan Hosea Wong Zheng Yu memulakan pembukaan hari yang baik apabila berjaya menghadiahkan pingat perak dalam acara masing-masing di Sukan Asia Tenggara (SEA) di Pusat Dagangan Dunia di Pasay, Filipina, hari ini.
Bintang Brunei yang meningkat naik Basma, yang merupakan atlet termuda dalam kategorinya, memungut pingat perak dua kali berturut-turut dalam Sukan SEA, dalam acara Taijiquan Wanita selepas mengumpul 9.55 mata keseluruhan.
Dua tahun lalu, dia mengukuhkan kedudukan sebagai bintang wusyu utama negara selepas memperoleh pingat perak di Kuala Lumpur, Malaysia.
Agatha Wong dari Filipina mempertahankan gelaran Taijiquan Wanita selepas mencatatkan 9.67 mata manakala atlet Vietnam, Thi Minh Huyen Tran membawa pulang gangsa dengan 9.53 mata.
Hosea Wong dari Brunei mengumumkan kehadirannya di pentas besar selepas berjaya memperoleh pingat perak dalam acara Taijiquan Lelaki dengan 9.59 mata. Atlet berusia 16 tahun itu membuat penampilan pertamanya di Sukan SEA tahun ini sebelum mencatatkan rekod sebagai salah seorang atlet wusyu Brunei yang berjaya.



Atlet Malaysia Choon How Loh memberikan pingat emas pertama buat negaranya dalam acara Taijiquan Lelaki dengan mengumpul 9.68 mata. Sementara itu, bekas juara Daniel Latawan dari Filipina kembali ke podium dengan memungut pingat gangsa dengan 9.56 mata.
Jurulatih Pasukan Wusyu Kebangsaan Brunei Darussalam Li Hui meluahkan rasa bangga setelah atlet bimbingannya memperoleh pingat pada hari pembukaan program sukan itu.
“Saya dan jurulatih Zhao Chunjie sangat bergembira dengan pencapaian atlet hari ini untuk memperoleh dua pingat perak,” Li Hui berkata semasa ditemu bual.
“Basma (Lachkar) merupakan atlet termuda dalam kategorinya dan dia berjaya memperoleh perak. Hosea juga atlet termuda kami.”
Ketua jurulatih mengongsikan bahawa pencapaian pungutan pingat itu memberikan bukti kemajuan yang telah dibuat oleh para atlet. Dia berkata “kemenangan ini (dua perak) menunjukkan keupayaan dan peningkatan atlet muda kita.” Sementara itu, Mohammad Adi Salihin bin Roslan di kedudukan teratas untuk merangkul pingat emas selepas mendahului pusingan Nandao lelaki dengan jumlah 9.64 mata.
Quoc Khanh Pham Vietnam menduduki tempat kedua sekali gus memperoleh pingat perak dengan 9.63 mata bersama Indonesia Harris Horatius yang berkongsi mata sama.