MADRID, 10 NOV – Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone menandatangani lanjutan kontrak kelmarin untuk kekal di kelab itu sehingga Jun 2027. Atletico berkata melanjutkan perjanjiannya dengan jurulatih Argentina itu memberikan ‘kesinambungan’ kepada projek yang bermula ketika dia tiba pada Disember 2011. “Sejak itu, institusi kami telah melalui salah satu tempoh yang paling berjaya, di mana