Atletico mahu Griezmann, Barca dihukum

MADRID, 14 JULAI – Atletico Madrid akan mencabar jumlah wang yang dibayar gergasi Sepanyol, Barcelona dalam mendapatkan bintang Perancis, Antoine Griezmann, menurut laporan media Sepanyol hari ini.

Harian sukan AS berkata Atletico akan pergi ke badan pentadbir bola sepak dunia, FIFA, bagi mendakwa bahawa Barcelona masih

perlu membayar lebih berbanding 120 juta euro klausa beli yang dibayar oleh peguam pemain itu Jumaat lalu.

AS menyatakan bahawa Atletico mahu kedua-dua Barcelona dan Griezmann dihukum.

Kelab tersebut enggan memberi sebarang komen ketika dihubungi AFP kelmarin.

Atletico mengadu bahawa Barcelona dan Griezmann mencapai persetujuan itu sebelum harga klausa beli turun dari 200 juta euro pada 1 Julai.

“Atletico Madrid percaya bahawa pembatalan kontrak berlaku sebelum berakhirnya musim lepas,” kata kelab itu dalam satu kenyataan, dengan menambah bahawa Griezmann telah menunjukkan perkara itu dengan jelas melalui tindakan dan kata-katanya.

Atletico dalam kenyataannya juga menyatakan bahawa Griezmann telah pergi ke ibu pejabat Liga Bola Sepak Sepanyol untuk membatalkan kontraknya ‘secara sepihak’ selepas Barca membayar klausa beli itu. – AFP