Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atletico menang selesa

    LEVERKUSEN, Jerman, 22 Feb – Antoine Griezmann antara penjaring gol pasukan Atletico Madrid ketika mereka bangkit lewat menentang Bayer Leverkusen semalam untuk mencatatkan kemenangan 4-2 dalam perlawanan pertama persaingan 16 pusingan akhir Liga Juara-Juara.

    Saul Niguez dan Griezmann meletakkan pendahuluan bagi pasukan dari Sepanyol itu dengan dua gol sehingga rehat, tetapi Leverkusen membalas menerusi Karim Bellarabi pada awal separuh masa kedua.

    Sepakan penalti Kevin Gameiro kemudian mengekalkan kelebihan dua gol Atletico hanya sebelum perlawanan memasuki sejam, dan ketika jaringan sendiri Stefan Savic memberikan Leverkusen harapan sekali lagi, Fernando Torres diturunkan dari bangku simpanan untuk menukar kedudukan menjadi 4-2.

    “Ia adalah perlawanan yang menarik bagi kami dan keputusan tersebut adalah lebih baik,” kata jurulatih Atletico, Diego Simeone. “Kami hampir sempurna pada separuh masa pertama.”

    Pasukan tuan rumah mempamerkan permainan berani dan hampir menyamakan kedudukan pada 10 minit terakhir, tetapi jaringan lewat dari Torres melengkapkan kemenangan bagi pasukan pelawat menjelang perlawanan ulangan di Sepanyol pada bulan depan.

    Pemain Atletico Madrid Kevin Gameiro (tengah) berjaya memperdaya penjaga gol Leverkusen, Bernd Leno ketika menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi Liga Juara-Juara di Leverkusen kelmarin. – AFP
    Pemain Atletico Madrid Kevin Gameiro (tengah) berjaya memperdaya penjaga gol Leverkusen, Bernd Leno ketika menyempurnakan sepakan penalti dalam aksi Liga Juara-Juara di Leverkusen kelmarin. – AFP

    Leverkusen bermula dengan baik, sementara Atletico dilihat menjejaskan mereka ketika rehat. Pada minit ke-17, pasukan pelawat serangan. Membuat larian dari sudut kanan, Saul Niguez melepaskan rembatan melencong dari luar kawasan penalti.

    Atletico kemudian mengukuhkan cengkaman dalam perlawanan itu dan pada minit ke-25 kesilapan dari Aleksandar Dragovic membolehkan Gameiro untuk meluru ke arah gawang sebelum membuat hantaran kepada Griezmann, yang melepaskan rembatan menewaskan Bernd Leno.

    Leverkusen terus mengejar dan Kevin Kampl yang memaksa penyelamat menarik dari Miguel Angel Moya menerusi rembatan jarak jauh.

    Hanya penyelamat menarik dari Leno pada satu sudut menghalang Griezmann untuk menjaringkan gol sekali lagi tetapi Leverkusen dengan segera menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua. Benjamin Henrichs mendapatkan ruang di sebelah kanan dan membuat hantaran lintang yang disudahi oleh Bellarabi.

    “Kami mendapati sukar untuk menyesuaikan permainan pada separuh masa pertama dan Atletico melakukan tugasan mereka dengan baik,” Bellarabi memberitahu Sky selepas perlawanan.

    Ia layak diterima oleh pemain penyerang Leverkusen, tetapi pemain pertahanan mereka terus bergelut. Gameiro pada awalnya hanya menggegarkan palang sebelum melebarkan pendahuluan pasukan Atletico menerusi sepakan penalti sebelum perlawanan memasuki sejam permainan.

    Dragovic dipersalahkan sekali lagi ketika dia menjatuhkan Gameiro, pemain dari Perancis itu dengan tenang menyudahkan sepakan penalti untuk menukar kedudukan menjadi 3-1.

    Leverkusen enggan menyerah dan jaringan sendiri memberikan mereka satu lagi laluan untuk kembali dalam perlawanan itu pada minit ke-66.

    Joel Pohjanpalo yang diturunkan dari bangku simpanan melakukan hantaran menarik yang melantun mengenai Savic dan menerjah gawang Atletico.

    Pada kedudukan 3-2, pasukan tuan rumah dilihat bertenaga, dan Javier Hernandez hampir menyamakan kedudukan dengan perlawanan berbaki 10 minit, rembatannya dikeluarkan hanya di depan garisan oleh Filipe Luis.

    “Kami menunjukkan keinginan dan kesediaan untuk berjuang,” jurulatih Leverkusen, Roger Schmidt memberitahu Sky. “Kami mempunyai 15 minit yang bagus menghampiri penamat perlawanan, di mana kesemua penyokong berada di belakang kami.”

    Tetapi pemain gantian Torres menyelamatkan kemenangan, menanduk masuk bola untuk menjadikan kedudukan 4-2 ketika perlawanan hanya berbaki empat minit. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda