Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atletico menang tipis

    MADRID, 24 JUN – Atletico Madrid meneruskan perjuangan mereka merebut tempat Liga Juara-Juara setelah menang 1-0 menentang Levante semalam dan naik ke tangga ketiga La Liga.

    Sejak perlawanan dimulakan semula di La Liga dua minggu yang lalu, Atletico meraih 10 mata dari 12 mata mereka dan berjaya menjarakan jurang enam mata dari tangga kelima.

    Pesaing terdekat mereka Getafe terikat seri 1-1 ketika menentang Real Valladolid yang bergelut di zon penyingkiran.

    Getafe berada di tangga kelima tetapi tanpa kemenangan dalam empat perlawanan mereka sejak La Liga disambung semula.

    Atletico adalah antara kelab yang paling teruk terjejas dari krisis kewangan akibat wabak COVID-19 dan mereka dilaporkan akan mengalami kerugian sekitar 200 juta euro (AS$226 juta) jika mereka gagal mendapatkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan. Tetapi sebelum ini perebutan tempat empat teratas liga mereka kelihatan dalam bahaya pada tiga bulan yang lalu, namun Atletico kembali menemukan rentak mereka dan kini menjadi pilihan utama untuk menduduki tempat ketiga La Liga.

    Marcos Llorente, wira Atletico selepas membenam Liverpool di Liga Juara-Juara, pemain penting dalam posisi serangan yang bertambah baik. – AFP

    Aksi pemain pertahanan Levante, Ruben Vezo (kiri) ketika bersaing dengan penyerang Atletico Madrid, Diego Costa semasa perlawanan La Liga antara Levante UD menentang Club Atletico de Madrid di Stadium Camilo Cano, La Nucia, semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda