MADRID, 20 Ogos – Atletico Madrid kembali bangkit setelah ketinggalan 2-0 selepas kad merah untuk Antoine Griez-maan bagi menyelamatkan keputusan seri 2-2 di Girona untuk memulakan kempen La Liga mereka semalam.
Bagaimanapun, kapasiti hampir 13,500 tidak dihalang dari menghadiri dan merasakan tuan rumah menuju permulaan yang diingini bagi kempen pertama La Liga mereka.
Christian Stuani mendapatkan kelebihan dari beberapa kelonggaran di bahagian pertahanan Atletico, yang ketiadaan Diego Godin, untuk menanduk masuk dua gol dalam tempoh tiga minit separuh masa pertama. Harapan Atletico dilihat hilang apabila Griezmann secara kontroversi diarah meninggalkan padang 23 minit sebelum tamat.
Pemain antarabangsa Perancis itu dilihat dikasari oleh Gorka Iraizoz ketika dia menewaskan penjaga gol, tetapi sebaliknya dilayangkan kad kuning kerana merebahkan badan dan kemudian dilayangkan kad merah kerana bantahannya terhadap pengadil Juan Martinez Manuera.
Biarpun kekurangan dalam jumlah pemain, Atletico memberikan tindak balas untuk menyelamatkan satu mata ketika Angel Correa melepaskan rembatan ke sudut atas dari luar kotak penalti 12 minit sebelum tamat perlawanan.
Jose Maria Gimenez melengkapkan kebangkitan tuan rumah apabila tandukannya dari sepakan bebas Koke untuk menewaskan Iraizoz. – AFP