MADRID, 2 MEI – Atletico Madrid boleh menarik nafas lega tatkala Elche terlepas peluang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-91 sekali gus meletakkan mereka lima mata selesa di hadapan menerajui puncak liga.
Percubaan pemain Elche, Fidel Chaves terkena palang semasa percubaannya melakukan sepakan penalti pada masa kecederaan yang mana boleh menjadi penentu kepada perlumbaan merebut kejuaraan di liga Sepanyol, dengan Real Madrid, Barcelona dan Sevilla masing-masing dalam misi memburu untuk ditabalkan sebagai juara.
Macros Llorente meletakkan Atletico di hadapan di Estadio Martinez Valeron, tetapi mereka gagal mengesahkan kemenangan lebih awal dan Elche berjaya menyamakan kedudukan sebanyak dua kali pada minit akhir perlawanan.
Antonio Barragan melakukan sepakan voli jarak dekat dan bola terkena tangan Llorente untuk memberikan Fidel peluang keemasan melalui sepakan penalti tetapi pemain tersebut mensia-siakan peluang.
“Kami memasuki detik penentuan dan setiap kemenangan adalah langkah yang sangat penting,” kata Diego Simone.
“Saya tidak mempercayai pada tuah,” ujar Llorente. “Jika ia tidak terkena tiang gol saya rasa Oblak mungkin dapat menyelamatkan percubaan tersebut. Kami meraih mata dan itu memberikan kami kekuatan untuk mara.”
Simone yang dilihat merasa gembira apabila bola terkena tiang, pasukannya semakin menjarakkan kedudukan dan meletakkan tekanan ke atas pasukan lain, dengan Real Madrid akan melayani kunjungan Osasuna, sebelum Barcelona berkunjung ke Valencia pada Ahad. – AFP