GLASGOW, 26 OKT – Atletico Madrid terlepas peluang untuk mendahului kumpulannya selepas seri 2-2 di Celtic dalam saingan Liga Juara-juara kelmarin.
Antoine Griezmann dan Alvaro Morata menjaringkan satu gol pada setiap separuh masa ketika Atletico bangkit dua kali dari ketinggalan untuk mendapatkan keputusan seri di tempat lawan.
Celtic menjaringkan gol sebelum rehat menerusi Kyogo Furuhashi dan Luis Palma.
Atletico bermain dengan 10 orang mulai minit ke-83 ketika pemain tengah, Rodrigo de Paul dilayangkan kad kuning kedua kerana melakukan tackle keras.
Atletico berjaya mengumpul lima mata dalam Kumpulan E. Ia ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Feyenoord, yang menewaskan Lazio 3-1 dalam perlawanan kumpulan lain.

Celtic kekal di tempat terakhir dengan satu mata, tiga mata di belakang Lazio di tempat
ketiga.
Celtic cuba menamatkan 10 perlawanan tanpa kemenangan dalam pertandingan Eropah, dengan dua seri dan lapan kekalahan, termasuk kepada Feyenoord dan Lazio dalam Liga Juara-juara musim ini.
Kemenangan terakhir Celtic dalam Liga Juara-juara adalah pada 2013.
Atletico telah memenangi enam perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan, termasuk menentang Feyenoord.
“Kami mengawal permainan pada separuh masa kedua sehinggalah kad merah dilayangkan kepada De Paul, yang saya rasa agak keterlaluan,” kata pertahanan Atletico, Mario Hermoso.
“Itu telah mengubah segala-galanya. Tetapi perkara seperti ini berlaku, kini kami perlu bangkit dalam perlawanan seterusnya di tempat sendiri.” – AP