Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atletico tundukkan Girona

    GIRONA, 14 MAC – Alvaro Morata menyambar gol kemenangan di minit ke-94 untuk memberikan kemenangan 1-0 buat Atletico Madrid di Girona kelmarin dan mengukuhkan kedudukan mereka di tempat ketiga La Liga.

    Selepas La Real, tempat keempat, seri di Mallorca pada Ahad, Atletico mendahului tiga mata di hadapan pasukan Basque itu dengan kemenangan minit akhir di Montilivi.

    Morata menjaringkan gol dari jarak dekat selepas se-pakan sudut yang dihantar oleh Angel Correa, dengan Atletico terselamat daripada pemeriksaan VAR yang lama untuk melihat sama ada penyerang itu berada di kedudukan ofsaid.

    “Bagi saya ia sangat jelas bahawa ia sah, tetapi jika tidak, saya akan pulang dengan basikal,” kata Morata kepada DAZN.

    “Rakan sepasukan saya marah kerana saya menyentuhnya, tetapi VAR memberikannya, jadi saya gembira.

    “Sukar untuk melihatnya dan tidak menyentuhnya, mungkin mereka akan lebih marah jika saya tidak menyentuhnya dan ia tidak masuk,” kata Morata.

    Girona, tempat ke-12, memulakan perlawanan dengan cemerlang dan menyangka mereka telah diberikan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Stefan Savic di kotak penalti, tetapi penyerang Taty Castellanos berada dalam keadaan ofsaid.

    Selepas Atletico membelasah Sevilla 6-1 hujung minggu lalu, Simeone tetap percaya pada gandingan Memphis Depay dan Antoine Griezmann. – AFP

    Reaksi Alvaro Morata selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak liga Sepanyol di stadium Montilivi di Girona. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda