ACCRA, 7 FEB – Pemain kebangsaan Ghana dan bekas pemain tengah Newcastle, Christian Atsu ditemui terselamat di runtuhan akibat gempa bumi yang mengorbankan lebih 4,800 orang di Turki dan negara jiran Syria, kata duta Ghana ke Turki hari ini.
Atsu, 31, menyertai pasukan Super Lig Turki, Hatayspor pada September, berpangkalan di wilayah selatan Hatay berhampiran pusat gempa besar semalam.
“Saya mendapat berita baik. Saya hanya mendapat maklumat daripada presiden persatuan Ghana bahawa Christian Atsu telah ditemui di Hatay,” kata Francisca Ashietey-Odunton kepada Asaase Radio yang berpangkalan di Accra, merujuk kepada persatuan komuniti tempatan Ghana.
Kenyataan tidak memberikan butiran lanjut mengenai keadaannya. – AFP
