Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atta Halilintar berjaya bina masjid kelima

    Personaliti media sosial Indonesia, Atta Halilintar meluahkan rasa syukur apabila impian membina masjid kelima tercapai.

    Atta, 31, berkata dia gembira apabila masjid yang dibina di Purwakarta, Jawa Barat Indonesia itu dapat digunakan orang ramai pada bulan Ramadan.

    “Alhamdulillah, banyak kebaikan yang dapat dilakukan pada Ramadan ini. Paling menggembirakan pelancaran masjid ke lima baru-baru ini.

    “Saya sangat gembira kerana ia dapat disiapkan pada bulan penuh barakah ini. Semoga ia dinilai baik di sisi Allah,” katanya memetik laporan Detik Hot.

    Menurut Atta, dia mempunyai sasaran untuk terus membina masjid di sepanjang hayatnya. Katanya, masjid yang dibina itu merupakan satu bentuk peninggalan dirinya buat orang ramai.

    “Saya kalau boleh selagi hidup mahu memberi manfaat kepada orang ramai. Bermula dari masjid pertama sehingga ke lima saya saya harap ia boleh terus digunakan,” luahnya.

    Berkongsi lanjut, dia berkata pemilihan tapak membuat masjid diserahkan kepada Allah SWT yang menetapkannya.

    “Insya-Allah, 2026 akan mencari tanah lagi untuk tahun seterusnya. Doakan dipanjangkan hayat kerana mahu terus melakukan perkara ini,” katanya lagi. – Agensi

    Atta ketika merasmikan masjid kelima miliknya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda