Atta Halilintar bingung fikir nama anak

Hampir menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, YouTuber Atta Halilintar mula bingung memikirkan nama untuk buah hatinya itu.

Bakal dikurniakan cahaya mata perempuan, suami kepada penyanyi Aurel Hermansyah yang kini hamil tujuh bulan berkata, dia ingin nama tersebut diawali dengan huruf A dan kemudian H iaitu sama dengan namanya Atta Halilintar.

Oleh yang demikian, Atta meminta warganet untuk memberi idea untuk nama puterinya itu nanti.

“Tolong beri cadangan nama perempuan depan A dan belakang H… Saya nak tahu apa idea daripada sahabat online,” tulis Atta di Instagram.

Rata-rata warganet memberi pelbagai idea untuk nama anak perempuan selebriti itu dengan makna tertentu.

Atta dan Aurel bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. – Agensi

“Anaya Hazna Nur Atta (berkat dari Allah yang sangat cantik cahaya papatta),” tulis akaun @theattamimi.

“Aretta hallisyah -> are (Aurel) tta (atta) Halli (hallilintar) Syah (Hermansyah),” tulis akaun @nengindaah.

“Almira Hanifa Nur Atta (Anak solehah yang taat pada Allah cahayanya Atta),” tulis akun @ah_mamahappy.

Sementara itu, menerusi temu bual bersama Boy William di YouTube, Atta memberitahu kehadiran anak damit membuatkan dirinya akhirnya mempunyai tujuan dalam hidup buat kali pertama.

“Saya sangat gembira… rasa bahagia sangat dan ini kali pertama dalam hidup saya ada tujuan. Jadi, saya menunggu dan ini salah satu impian saya,” katanya.

Dalam pada itu, disoal mengenai gaya ikatan di kepalanya, Atta memberitahu dia berkemungkinan tidak akan memakainya lagi selepas anaknya lahir. – Agensi