Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atta Halilintar minta henti ejek tubuh wanita selepas bersalin

    Personaliti media sosial Indonesia, Atta Halilintar mempertahankan isterinya iaitu Aurel Hermansyah yang menjadi mangsa body shaming netizen.

    Memetik laporan mStar, menerusi akaun TikTok miliknya, Atta atau Muhammad Attamimi Halilintar, 29, menjawab salah satu komen yang dibuat netizen yang mengatakan tentang bentuk badan Aurel seperti figura ibu-ibu.

    Kata Atta, Aurel tidak boleh melakukan berdiet kerana masih menyusu badan untuk dua anak mereka.

    “Kalau seorang ibu itu bersikap pentingkan diri sendiri, boleh saja dia berdiet dan tidak memberikan susu badan kepada bayinya.

    “Aurel mahu memberikan susu badan buat anaknya dan dia tidak boleh berdiet. Dia harus makan makanan berkhasiat. Kerap makan kerana cepat lapar sebab menyusu badan itu tidak mudah,” katanya.

    Dalam pada itu, Atta juga meluahkan rasa kesal dengan tindakan netizen yang disifatkan sebagai melampau mengecam bentuk badan wanita selepas melahirkan anak.

    “Semakin hari saya pelik dengan netizen ini. Ibu yang baru melahirkan anak dikecam dengan mengejek bentuk tubuh badan mereka gemuk seperti ’emak-emak’.

    “Seharusnya zaman sekarang ini wanita sokong kaum wanita sendiri. Perbetulkan diri masing-masing,” ujarnya.

    Untuk rekod, Atta mendirikan rumah tangga Aurel pada 4 April 2021 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ameena Hannar Nur Atta, 2, dan Azura yang dilahirkan pada 11 November lalu. – Agensi

    Atta Halilintar mempertahankan Aurel daripada menerima kecaman netizen. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda