Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Atthaya muncul pemain wanita nombor satu dunia

    TOKYO, 1 NOV – Pemain golf remaja Thailand, Atthaya Thitikul muncul pemain nombor satu dunia kedua paling muda dalam sejarah golf wanita selepas tahun pertama menyertai Jelajah LPGA.

    Thitikul, 19, yang menang dua kali dalam siri jelajah tahun ini dan mengumpul 12 penamat dalam kelompok 10 terbaik, mengatasi pemain Korea Selatan, Ko Jin-young.

    Jin-young berada di ranking teratas sejak Januari tetapi cedera pergelangan tangan baru-baru ini dan terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Wanita BMW bulan lalu selepas dua pusingan.

    Atthaya merupakan pemain kedua di bawah usia 20 tahun berjaya menjadi pemain nombor satu – Lydia Ko dari New Zealand melakukannya ketika berusia 17 tahun pada tahun 2015. Ko kini berada di ranking ketiga dunia.

    “Ia amat bermakna untuk pasukan, keluarga, penyokong saya dan diri saya sendiri. Ia satu penghargaan dapat berada di tangga teratas kelompok terbaik dunia.

    “Masih banyak yang perlu saya pelajari daripada legenda-legenda dan pemain yang ada sekarang, baik di dalam atau luar lapangan.

    “Saya akan terus bekerja keras untuk keluarga, pasukan, peminat dan negara saya,” kata Atthaya, yang akan beraksi di Klasik Jepun LPGA sebagai pemain nombor satu buat pertama kali minggu ini.

    Dia menamatkan saingan di Korea Selatan dua minggu lalu di tangga keenam.

    Atthaya sebelum ini mencatat sejarah dengan memenangi Kejuaraan Thailand 2017 ketika berusia 14 tahun. – AFP

    Reaksi pemain golf Thailand, Atthaya Thitikul semasa pusingan akhir Kejohanan Wanita BMW di Wonju, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...