Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atthaya terima anugerah Rookie LPGA Terbaik

    MIAMI, 11 NOV – Atthaya Thitikul, remaja Thailand yang mencapai kedudukan teratas ranking dunia pada Oktober, telah mendapat anugerah Rookie LPGA Terbaik, kelmarin.

    Atthaya, yang mempunyai dua kemenangan pada musim ini iaitu Klasik JTBC dan Kejuaraan NW Arkansas, telah disahkan menerima anugerah tersebut selepas pesaing terdekatnya, Choi Hye-jin dari Korea Selatan, menarik diri daripada Kejuaraan Pelican Wanita pada minggu ini yang dilanda hujan lebat Ribut Tropika Nicole.

    Atthaya merupakan pemain golf Thailand kedua yang memenangi anugerah tersebut selepas Patty Tavatanakit tahun lepas.

    “Ini merupakan satu penghormatan buat saya, terutamanya selepas menjadi pemain Thailand kedua yang mendapat anugerah ini untuk dua tahun berturut-turut.

    “Saya gembira kerana telah membuat negara saya bangga,” kata pemain berusia 19 tahun itu.

    Dia merupakan pemain nombor satu dunia kedua termuda dalam sejarah golf wanita pada 31 Oktober, selepas menggantikan tempat Ko Jin-young dari Korea Selatan.

    Lydia Ko dari New Zealand berumur 17 tahun semasa dia mendapat gelaran juara dunia pada tahun 2015.

    Atthaya menerima keahlian jelajah LPGA selepas mendapat tempat ketiga dalam siri Q LPGA 2021 dan merangkul kejuaraan pertamanya pada March dalam kemenangan playoff ke atas Nanna Koerstz Madsen. Dia menerima gelaran juara keduanya pada September dalam kemenangan playoff. – AFP

    Aksi Atthaya Thitikul semasa kejohanan golf Klasik Jepun LPGA di Otsu, wilayah Shiga baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda