Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    ATU-Net ketengah pendidikan teknologi

    Oleh Sim Y. H.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Perjumpaan anggota Rangkaian Universiti Teknologi Asia (ATU-Net) menandakan mercu tanda yang penting dalam perjalanan berterusannya untuk memupuk kerjasama, inovasi dan pertumbuhan dalam universiti-universiti.

    Komitmen bersama dalam memajukan kepentingan ATU-Net adalah selaras dengan usaha bersama untuk menangani cabaran-cabaran yang mendesak dan peluang-peluang yang terdapat di hadapan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Datin Paduka Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman dalam ucapan alu-aluannya pada Mesyuarat Lembaga ATU-Net ke-11 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Dalam ucapannya lagi, beliau menyatakan bahawa komuniti ATU-Net boleh memainkan peranan penting dalam mengumpulkan pelbagai suara dan perspektif, menjana sebuah permaidani yang kaya dengan idea dan penyelesaian untuk menangani isu pelbagai rupa yang kita hadapi.

    Dalam hubungan itu, kehadiran anggota ATU-Net pada mesyuarat itu merupakan bukti dedikasi dan komitmen mereka kepada visi bersama, tambahnya.

    Ahli-ahli Lembaga Pengarah ATU-Net bergambar ramai sebelum Mesyuarat Lembaga ATU-Net Ke-11 yang berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Mesyuarat lembaga yang dihoskan oleh UTB itu merupakan sebahagian acara utama dalam UTB Science, Technology and Engineering Connect (UTB-STE Connect) 2023.

    Ia merupakan pertemuan tahunan Lembaga Pengarah ATU-Net, yang merangkumi universiti dan institusi teknologi dari serata Asia yang bekerjasama untuk mempromosikan kolaborasi, inovasi dan kecemerlangan akademik dalam bidang penyelidikan dan pendidikan teknologi.

    Mesyuarat dipengerusikan oleh Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Ir Ts Dr Ahmad Fauzi bin Ismail yang juga merupakan Pengerusi ATU-Net.

    Mesyuarat membincangkan mengenai pencapaian dan perkembangan 2023 serta rancangan dan strategi masa depan bagi tahun akan datang untuk memajukan lagi penyelidikan dan pendidikan teknologi dalam rangkaian berkenaan.

    Kemuncak mesyuarat itu merupakan penandatanganan Perjanjian ATU-Net yang melambangkan komitmen dan dedikasi institusi-institusi anggota kepada kolaborasi serta sokongan bersama dalam memajukan penyelidikan dan pendidikan teknologi.

    UTB terus menjadi anggota aktif ATU-Net dan secara konsisten menunjukkan komitmennya kepada kecemerlangan serta dedikasi kepada memupuk kolaborasi bermakna dalam bidang penyelidikan dan pendidikan teknologi antarabangsa.

    Acara itu mengetengahkan kedudukan universiti sebagai sebuah institusi unggul di rantau ini dan dedikasinya yang tidak berbelah-bahagi kepada membentuk masa hadapan pendidikan teknologi.

    Terdahulu sebelum mesyuarat, majlis penandatangan memorandum persefahaman (MoU) antara UTB dengan beberapa buah institusi anggota ATU-Net turut diadakan iaitu Universitas Sebelas Maret, Indonesia; Universiti Malaysia Perlis, Malaysia; Samar State University, Filipina; Universiti Malaysia Terengganu, Malaysia; Mindanoa State University- Tawi-Tawi College of Technology and Oceanography, Filipina dan Eastern Visayas State University, Filipina.

    Penandatangan MoU berkenaan merasmikan komitmen dan usaha kerjasama khusus kepada pembangunan serta pertumbuhan bersama antara institusi-institusi akademik berprestij berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...