ZAGREB, 6 SEPT – Pierre-Emerick Aubameyang boleh membuat penampilan sulungnya untuk Chelsea dalam perlawanan pembukaan kumpulan Liga Juara-Juara hari ini di Dinamo Zagreb walaupun mengalami kecederaan patah rahang semasa pencerobohan di tempat sendiri.
Chelsea membuat tindakan yang pantas untuk menyambar Aubameyang minggu lalu, menandatangani pen-yerang itu dengan kontrak dua tahun dari Barcelona hanya beberapa bulan selepas dia meninggalkan Arsenal.
Pemain berusia 33 tahun itu tidak beraksi semasa kemenangan kontroversi 2-1 Chelsea ke atas West Ham pada Sabtu tetapi turut menyertai skuad ke Croatia.
“Auba sangat bercita-cita tinggi, dia sangat fokus dan dia bersedia bermain untuk kami, dan dia ‘lapar’ untuk membuktikan semua orang. Itulah sebabnya dia berada di sini,” kata jurulatih Chelsea Thomas Tuchel kepada pemberita kelmarin.
Aubameyang akan memakai topeng buatan khas ketika perlawanan nanti untuk melindungi rahangnya yang patah semasa serangan oleh sekumpulan empat lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya berhampiran Barcelona dan mengancamnya dengan senjata api.
“Sekiranya timbul isu mengenai topeng hari ini maka kami tidak akan menurunkannya, tetapi tidak ada isu timbul semalam dan saya harap tidak akan ada isu hari ini,” kata Tuchel.
“Jika dia sudah bersedia untuk bermain, dia tidak boleh bermain 90 minit jadi terpulang kepada kami untuk membuat keputusan bagaimana kami ingin menurunkannya itu.
Tuchel menambah lagi, “Dia memerlukan turutn beraksi untuk kembali cergas sepenuhnya, itu perkara yang jelas, jadi terpulang kepada kami untuk mencari penyelesaian jika dia beraksi dari bangku simpanan atau jika dia memulakan perlawanan.” – AFP
