Aubameyang bukan untuk dijual – Dortmund

GUANGZHOU, 19 Julai – Borussia Dortmund semalam menamatkan spekulasi mengenai masa depan pemain bintang Pierre-Emerick Aubameyang (gambar) dengan menegaskan pemain antarabangsa Gabon itu tidak akan ke mana-mana.

Aubameyang, yang menjaringkan 31 gol dalam persaingan Bundesliga musim lalu, dikaitkan dengan perpindahan besar ke Real Madrid, Chelsea, AC Milan dan Paris Saint-Germain sejak beberapa minggu.

Pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan dua gol semalam ketika Dortmund menewaskan AC Milan 3-1 dalam jelajah pra musim China.

Jendela pertukaran di Jerman tutup pada tengah malam (2200 GMT) pada 31 Ogos tetapi pengurus sukan Michael Zorc mendakwanya ia sudah berkesan menutup Aubameyang.

Tianjin Quanjin dari China juga dilaporkan mahu membayar 80 juta euro baginya tetapi dengan berbaki tiga tahun kontrak bersama Dortmund, kelab dari Jerman itu berkata Aubameyang akan kekal.

Jurulatih baru Peter Bosz yang menggantikan Thomas Tuchel mahu Aubameyang di Dortmund apabila musim Bundesliga bermula pada 18 Ogos. – AFP