WELLINGTON, 20 SEPT – Bandar raya terbesar New Zealand, Auckland akan kekal dalam sekatan pergerakan kira-kira dua minggu lagi bagi mengawal penularan pandemik COVID-19 biarpun beberapa peraturan ketat akan dilonggarkan, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern hari ini. Ardern berkata bandar raya dengan populasi seramai dua juta penduduk itu akan memasuki tahap tiga daripada sistem maklum