Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Audi AI:ME fahami pemandu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JAN – Audi sekali lagi telah menampilkan kereta menarik pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020 yang telah bermula kelmarin di Las Vegas, Amerika Syarikat.

    Antara yang dipamerkan adalah Audi AI:ME yang digambarkan sebagai ‘third living space’ tersendiri iaitu ruangan selain daripada rumah dan tempat kerja yang sungguh selesa dan memahami cita rasa setiap penggunanya.

    Pada pameran itu, penumpang kenderaan tersebut boleh menggunakan pengesan mata dalam mengarah atau berkomunikasi dengan kenderaan tersebut bagi melakukan pelbagai hal termasuklah bagi memesan makanan kegemaran.

    Selain itu, AI:ME turut dilengkapi dengan kecanggihan VR Googles yang membolehkan para penggunanya untuk menikmati serta merasakan pengalaman mengemudi penerbangan maya melepasi landskap pergunungan dan sebagainya.

    Para pengunjung juga berpeluang untuk merasakan sendiri pelbagai fungsi dan ciri-ciri terkini yang terdapat dalam kenderaan tersebut selain kecanggihan teknologi yang dilengkapi.

    Kenderaan canggih yang dilengkapi dengan pelbagai ciri digital terkini yang dipamerkan di petak pameran Audi semasa CES tersebut dijangka akan dapat disiapkan dan tersedia pada musim bunga depan.

    Audi AI:ME telah dipamerkan pada acara CES yang sedang berlangsung di Las Vegas. – Gambar daripada Audi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda