Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Audi baharu lebih inovatif

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – TCY Motors Sdn Bhd baru-baru ini menawarkan dua model kelas saiz penuh Audi yang memaparkan enjin inovatif.

    Untuk menambah lagi keselesaan dan kecekapan, kedua-dua model Audi A6 dan Q8 baharu untuk Brunei (dengan enjin 340 kuasa kuda/500NmV6) dipasang standard dengan teknologi hibrid, Mild Hybrid Electric Vehicle (MHEV). Jurutera Audi telah menghubungkan pemanduan MHEV dengan sensor kenderaan, sekali gus memastikan kawalan dan kecekapan yang lebih baik.

    Enjin enam silinder dalam kedua-dua model itu menggunakan sistem 48V MHEV.

    Di tengah sistem 48V adalah tali alternator starter, yang menghidupkan semula enjin pembakaran dengan segera dan lancar.

    Pada masa yang sama, ia melanjutkan sistem start-stop sehingga 22 kmsj.

    Di antara 55 dan 160kmsj, model saiz penuh itu boleh meluncur dan menjimatkan minyak dengan enjin pembakaran ditutup. Pengendalian pemanduan memutuskan mengenai strategi yang sesuai. Bateri litiumion yang disimpan di belakang mendapatkan semula tenaga dan membekalnya kepada pengguna tambahan seperti penyaman udara atau pam minyak dalam sistem gear.

    Dalam pemanduan dunia sebenar, ia boleh menjimatkan minyak sehingga 0.7 liter.

    Kedua-dua model Audi A6 dan Q8 baharu untuk Brunei dengan teknologi hibrid MHEV.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda