Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Audi bakal gegar FIA World Rallycross

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Buat pertama kalinya juara dunia FIA World Rallycross Championship, EKS akan menurunkan tiga buah kereta quattro Audi S1 EKS RX dengan Barcelona akan menjadi venue pembukaan musim buat kali pertama.

    Musim keempat kejohanan itu akan dilangsungkan dengan 12 acara di tiga buah benua telah ditetapkan dalam kalendar tahun ini, bermula dengan pusingan di Barcelona pada 1 dan 2 April.

    Mattias Ekstrom yang tidak sabar-sabar dengan perlumbaan di Litar de Barcelona-Catalunya itu dengan penuh yakin berkata: “Minggu lalu, kami telah melakukan ujian selama tiga hari di Perancis dan memasuki musim ini dengan persediaan penuh,” kata pemandu dari Sweden itu, yang juga pemandu dan bos pasukan di EKS.

    “Saya gembira dengan perkembangan yang dilakukan pada musim sejuk dan matlamat kami bagi musim ini adalah jelas: kami mahu memenangi gelaran pemanduan dan pasukan dalam kejohanan sekali lagi tahun ini.”

    Litar rallycross Barcelona-Catalunya terletak di bahagian stadium litar tersebut dan melibatkan dua selekoh tajam termasuk juga dalam perlumbaan Formula 1. Ia adalah salah sebuah daripada beberapa litar dengan selekoh tajam di atas tarmak termasuk kebanyakan bahagian yang rata.

    Buat pertama kalinya EKS akan menurunkan tiga buah kereta quattro Audi S1 EKS RX.
    Buat pertama kalinya EKS akan menurunkan tiga buah kereta quattro Audi S1 EKS RX.

    “Memikirkan mengenai tahun lepas memberikan senyuman di wajah saya,” kata Ekstrom. Di Barcelona, pemandu dari Sweden itu meraikan kemenangan keempatnya pada musim 2016 dan meletakkan asas bagi kemenangan kejuaraan dunia seterusnya. Asas bagi kejayaan adalah 560 hp Audi S1 EKS RX Quattro, yang secara teknikal diubah suai sekali lagi bagi musim ini.

    FIA World Rallycross Championship akan disiarkan secara langsung di 180 buah negara. Setiap Ahad daripada sejumlah 12 acara akan ditayangkan selama dua jam termasuk temu bual, laporan latar belakang dan tumpuan bagi kesemua empat kelayakan termasuk penyiaran langsung bagi perlumbaan separuh akhir dan akhir.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda