Audi Brunei luaskan bilik pameran

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Bersempena ulang tahun ke-60 TCY Motors, Audi Brunei membesarkan bangunan dengan reka bentuk yang lebih moden lagi ringkas.

Menurut kenyataan yang diberikan, dengan memperluaskan bahagian hadapan bangunan, perubahan besar di dalam bangunan akan dibuat bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.

Dengan yang demikian, lebih banyak model akan dapat dipaparkan dan ruang istirahat pelanggan baharu akan diperkenalkan.

Dengan Pusat Servis Lambak baharu Audi Brunei beroperasi pada 2020, tambahan di bilik pameran baharu di Kampung Kiarong itu dijangka siap pada awal tahun depan. Audi Brunei akan terus berkembang dengan menawarkan model lebih menarik dengan teknologi automotif terkini dalam masa terdekat.

Lakaran visual 3D bangunan Audi Brunei yang lebih luas untuk keselesaan pelanggan. – Gambar serahan Audi Brunei