Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Pengedar tunggal Audi, TCY Motors Sdn Bhd hari ini memperkenalkan model-model dipertingkatkan daripada segmen Audi S pada majlis pengenalan semula model tersebut di t-Lounge by Dilmah, Litte Soho, Batu Bersurat.
Model-model tersebut termasuklah Audi S3 sedan, S5 Coupe dan Sportback serta TTS Coupe.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, Audi S3 sedan dimantapkan dengan 290 kuasa kuda dengan kemampuan pecutan kelajuan dari sifar sehingga 100kmsj dalam masa 5.3 saat, dilengkapi dengan sistem bunyi Bang & Olufsen, teknologi kokpit Audi Virtual dan navigasi MMI serta pelbagai lagi.
Manakala Audi S5 Coupe dan Sportback dipacu enjin turbocharged V6 dengan 354 kuasa kuda dan enjin 2.9 liter. Ia juga dilengkapi suspensi dengan pengawalan damping yang membolehkan pemandunya mengawal ciri-ciri enjin dan suspensi dalam beberapa mod.
Audi TTS Coupe pula dilengkapi dengan kemantapan 280 kuasa kuda yang membolehkan kereta berkenaan mencapai kelajuan dari sifar sehingga 100kmsj dalam masa 4.7 saat yang juga dilengkapi dengan sistem bunyi Bang & Olufsen, teknologi kokpit Audi Virtual dan navigasi MMI.
Audi model S ini mantap dari segenap sudut sama ada dari kuasa pacuan, estetika dan peralatannya selain turut mempamerkan inovasi baharu yang menarik dan kelihatan lebih sportif.
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai model-model ini, bolehlah mengunjungi TCY Motors di Kiarong.