Wednesday, March 19, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Audi takluk era turbo

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Audi meraih kemenangan awal kejuaraan pengeluar dalam siri perlumbaan kereta di Lausitzring, sekali gus menjadi juara pertama dalam era turbo baharu.

    Masih ada baki empat perlumbaan lagi sebelum berakhirnya musim ini, jenama itu dan Four Rings menduduki kedudukan teratas meninggalkan pencabar-pencabar lainnya.

    “Audi kini sudah memenangi tiga daripada empat gelaran pengeluar dalam DTM,” kata Ketua Audi Motorsport, Dieter Gass.

    “Itu membuktikan persembahan mantap dan kerja keras di tahap ter-tinggi seluruh skuad selama beberapa tahun. Meraih gelaran pengeluar se-awal ini membuktikan bahawa kami menampilkan musim menakjubkan setakat ini.

    “Ia boleh diterima untuk kami mengatakan bahawa Audi RS 5 DTM kami adalah kereta yang perlu ditewaskan tahun ini dan kami juga menghasilkan enjin yang sangat kuat dan efisien,” tambahnya.

    René Rast (tengah) diraikan oleh Nico Müller dan Mike Rockenfeller yang masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga pada perlumbaan tersebut.

    Pemandu DTM, Rene Rast daripada Audi Sport Team Rosberg baru-baru ini meraikan kemenangannya dengan penuh dominan.

    “Memenangi perlumbaan ke-500 dalam sejarah DTM adalah sesuatu yang sangat istimewa,”

    Dengan kemenangan kelimanya musim ini, Rast melanjutkan lagi kelebihannya ke atas pemenang kedua, Nico Muller dari Audi Sport Team Abt Sportsline, menjadi 20 mata. Pemandu Swiss itu lebih pantas berbanding Rast dalam pusingan kelayakan tetapi merosot ke kedudukan 10.

    “Kami mengalami sedikit masalah kelmarin. Saya gembira kerana dapat kembali bersaing dan merebut tempat kedua,” kata Rast.

    Mike Rockenfeller dari Audi Sport Team Phoenix meraih tempat ketiga, menyaksikan kesemua tiga pasukan kilang Audi berjaya mendominasi podium.

    Satu persembahan bertenaga telah ditunjukkan sekali lagi oleh pasukan pelanggan WRT Team Audi Sport; Jonathan Aberdein, buat kali ketiga tahun ini, memulakan perlumbaan di barisan hadapan dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh.

    Dalam klasifikasi pasukan, Audi Sport Team Abt Sportsline mengekalkan kelebihan tipisnya ke atas Audi Sport Team Rosberg menjelang perlumbaan di Nurburgring pada pertengahan September nanti, sementara Audi Sport Team Phoenix pula hanya dipisahkan dengan tujuh mata di tempat ketiga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda