Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Audit alat perubatan di hospital

    Minggu lalu, saya ke hospital untuk berjumpa doktor bagi meminta cuti sakit disebabkan masalah kesihatan yang saya rasakan saya tidak layak bekerja keesokan harinya.
     
    Sebelum berjumpa doktor, tekanan darah saya diperiksa terlebih dahulu oleh jururawat dan saya terkejut apabila dia memberitahu tekanan darah saya tinggi. 
     
    Sedangkan sebelum itu, saya sudah ke klinik swasta di negara jiran dan doktor yang memeriksa di sana tidak pula memaklumkan tekanan darah saya tinggi.
     
    Setelah itu, jururawat tadi turut memeriksa pesakit lain dan memberitahu tekanan darahnya juga tinggi.
     
    Jadi timbul kecurigaan di sana, adakah peralatan perubatan yang mereka gunakan menepati piawaian ataupun sudah mansuh?
     
    Jadi, kepada pihak berkenaan, saya harap mereka periksa terlebih dahulu setiap peralatan sebelum digunakan kepada pesakit, kerana dikhuatiri mereka yang tidak mempunyai penyakit akan diberikan ubat tidak sewajarnya.
     
    Mr Raykal
    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...