Tuesday, March 18, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Audit dalaman penting

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kemahiran serta kapasiti sumber tenaga manusia, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan Audit telah mengadakan Bengkel Audit Dalaman KHEDN dan Jabatan-jabatan di Bawahnya bermula hari ini.

    Hadir menyempurnakan majlis perasmian bengkel yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Bangunan KHEDN pagi tadi ialah Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Salminan bin Haji Burut selaku tetamu kehormat majlis.

    Juga hadir pada majlis perasmian bengkel selama empat hari berkenaan ialah Pemangku Juruaudit Agung, Pengiran Siti Norbaya binti Pengiran Haji Shahminan; Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Abdul Walid bin Haji Matassan; dan Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan selaku Pengerusi Unit Audit KHEDN, Haji Ahmad Nizam bin Dato Paduka Haji Ismail.

    Turut hadir ialah para pegawai serta kakitangan KHEDN dan Jabatan Audit.

    Bengkal ini adalah salah satu usaha KHEDN untuk memberikan pendedahan mengenai audit dalaman dan mempertingkatkan tahap pematuhan peraturan kewangan, undang-undang, peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.

    Bagi memberkati majlis, bacaan Surah Al-Fatihah telah dibacakan oleh Awang Mohammad Kamil Hakim bin Haji Alit sebelum diteruskan dengan ucapan Awang Salminan.

    Awang Salminan antara lain menjelaskan akan kepentingannya diadakan bagi mengenalpasi kelemahan dan kesilapan serta penyelewengan di peringkat awal lagi.

    “Melaluinya, tindakan segera akan dapat diambil bagi memperbaiki kelemahan yang ada dan seterusnya membuat apa-apa jua pembaikan yang bersesuaian terhadap prosedur dan peraturan yang ada.

    “Penemuan yang melibatkan penyelewengan atau kesalahan tatatertib akan membolehkan laporan dan tindakan segera dapat dibuat oleh ketua-ketua jabatan mengikut tatacara yang telah ditetapkan sebagai contoh tatacara tindakan tatatertib di dalam Surat Keliling JPM Bil:19/1998,” jelas Awang Salminan dalam ucapannya.

    Awang Salminan ketika menyampaikan ucapan pada bengkel berkenaan.
    Para jemputan yang menghadiri majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda