MIRI, 28 Sept – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) mencadangkan agar audit keselamatan dibuat di rumah-rumah panjang di Sarawak bagi mengurangkan risiko kebakaran.
Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Niosh bersedia berikan bantuan menjalankan audit keselamatan tersebut yang boleh dilakukan menerusi anak syarikatnya Niosh Certification Sdn Bhd.
“Laporan media mendedahkan 15 kes (kebakaran) sepanjang tahun ini di Sarawak atau purata dua kes setiap bulan berpunca antaranya sistem pendawaian elektrik tidak sempurna hingga menyebabkan berlaku litar pintas, selain tidak dilengkapi sistem pencegah kebakaran,” kata dalam satu kenyataan hari ini.
Lee berkata, terdapat kes kebakaran rumah panjang berpunca dari kecuaian manusia dan faktor cuaca terutama sekali cuaca panas yang melanda Sarawak baru-baru ini.
Beliau berkata selain membuat audit keselamatan Niosh bersedia berkerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak untuk mengenai bahaya kebakaran serta kaedah mengurangkan risiko kebakaran. – Bernama