Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Auf Ismail menang ‘Akulah Juara’

    Oleh Imelda Groves HA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Awang Auf Ismail dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $3,000 berserta hadiah sampingan pada satu rancangan realiti ‘Akulah Juara’ peringkat akhir anjuran Bahagian Rancangan TV, Radio Televisyen Brunei (RTB) berlangsung di Jerudong Park Amphitheatre, malam semalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos, Pengarah RTB, Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu dan pegawai-pegawai serta kakitangan kerajaan. Lapan finalis berentap bagi merebut gelaran juara ‘Akulah Juara’ yang pertama kali diadakan. Mereka ialah Awang Ahmad Judden, Awang Zulhelmi Junaini, Dayang Zirah Jamal, Awang Auf Ismail, Awang Aiman Fazri, Dayang Syafiqah Rosli, Dayang Ayesha Said dan Awang Omar Saeef.

    Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Dayang Syafiqah Rosli yang menerima hadiah wang tunai sebanyak $2,000 berserta hadiah sampingan. Manakala Awang Omar Saeef di tempat ketiga menerima hadiah wang tunai sebanyak $1,000 beserta hadiah sampingan.

    Selain itu, lima finalis lain turut menerima hadiah sagu hati berupa wang tunai sebanyak $700 setiap seorang, sementara itu Anugerah Persembahan Terbaik dimenangi oleh Awang Auf Ismail, dengan membawa pulang hadiah tunai sebanyak $1,000.

    Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan ketika menyerahkan hadiah kemenangan kepada pemenang ‘Akulah Juara’, Awang Auf Ismail.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda