Friday, April 18, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aufahanie menyanyi sambil belajar

    Penyanyi Aufahanie, 21, mengakui perpisahan ibu bapanya sejak berusia sembilan tahun membuatkan dirinya pandai berdikari dan melakukan kerja rumah.

    Aufahanie atau nama sebenarnya, Nur Aufahanie Mokhtar berkata, di sebalik kepahitan hidup yang tersembunyi itu banyak perkara positif, malah pengalaman juga mematangkan dirinya.

    “Ketika Darjah 4, saya sudah duduk berasingan dengan umi. Ini kerana saya duduk dengan ayah sampailah Tingkatan 3 barulah tinggal sebumbung dengan umi. Saya duduk dengan ayah, abang dan adik.

    “Bila begitu, saya kena jaga adik dan abang. Jadi, tugas memasak dan kerja rumah memang saya yang buat. Ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) saya duduk dengan dua abang dan adik perempuan, jadi.. sayalah ibu di rumah.

    “Saya ada kakak, tapi sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

    Aufahanie berpendapat wanita zaman perlu pandai berdikari dan memiliki segulung ijazah demi masa hadapan. – Utusan Malaysia

    Walaupun kisah hidup saya pahit, Alhamdulillah ada hasil dan manfaatnya.

    “Ada anak perempuan sebelum kahwin tak masuk dapur langsung sebab emak ayah tolong buatkan. Tak mengapa sebab ada antaranya belajar memasak selepas habis pengajian.

    “Banyak yang saya belajar dalam tempoh ini. Kalau tak tahu resipi, saya ‘google’ atau saya tanya umi dan cuba buat sampai lama-lama tak perlu tengok resipi,” katanya kepada BH Online.

    Aufahanie yang pernah merakamkan semula lagu Saat Hilang Cintamu nyanyian asal Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pernah menyertai program realiti, Vokal Mania dan Big Stage musim kelima.

    Dalam perkembangan lain, finalis Big Stage musim kelima itu kini sudah mula menyambung pelajaran di sebuah universiti swasta.

    Aufahanie berpendapat, wanita zaman sekarang perlu pandai berdikari dan miliki segulung ijazah serta berpendidikan tinggi kerana ia berguna untuk masa hadapan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda