Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 2 April – Untuk memberi kemudahan kepada para peminatnya khususnya bagi penduduk Daerah Tutong dan sekitarnya, Auntie Anne’s telah membuka cawangannya yang keempat di Kompleks Berjaya, di sini.
Majlis pelancaran cawangan berkenaan semalam, telah dimeriahkan dengan kehadiran seramai 22 orang kanak-kanak kurang berkemampuan untuk melepaskan belon ke udara bagi menandakan perasmian Auntie Anne’s di Daerah Tutong.
Selain itu, 50 Pretzels juga diberikan secara percuma kepada 50 orang pelanggan yang datang ke cawangan berkenaan.

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Pengarah Urusan Auntie Anne’s, Lim Hui Ling.
Auntie Anne’s diasaskan oleh Anne Bailer dan suaminya, Jonas pada tahun 1988, bermula dari sebuah kedai pertama di pasar tani, Pennsylvania.
Pada masa ini, Auntie Anne’s mempunyai kedai di 23 buah negara secara global, termasuk empat cawangan di negara ini.