LONDON, 20 MAC – Penyerang Aston Villa, Morgan Rogers berkata ‘aura’ istimewa Thomas Tuchel boleh memberi inspirasi kepada usaha England untuk memenangi Piala Dunia.
Tuchel bertemu dengan pemainnya buat kali pertama Isnin lalu menjelang perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia menentang Albania dan Latvia di Wembley.
Jurulatih dari Jerman itu, yang menggantikan Gareth Southgate pada Januari, mengadakan mesyuarat pasukan pada malam Isnin di mana dia menggariskan misinya untuk memburu Piala Dunia tahun depan.
Rogers, yang kini diuruskan oleh Unai Emery di Villa, berkata dia tidak pernah bekerja dengan bos dengan yang mempunyai tarikan sebegitu.
“Apabila saya bertemu dengannya, aura dan sikapnya sukar untuk digambarkan tetapi dia telah pun mempunyai tahap keyakinan dan penghormatan,” kata Rogers.
“Kehadirannya sedikit berbeza. Pengurus tertentu mempunyai cara yang berbeza tentang mereka. Pastinya auranya tidak pernah saya alami sebelum ini.
“Awda boleh lihat cara dia, tindakannya. Dia begitu dingin dan tenang. Tetapi apabila tiba masanya, dia akan bekerja.”
England tewas dalam dua perlawanan akhir Kejohanan Eropah yang lalu di bawah Southgate ketika England masih memburu trofi pertama sejak Piala Dunia 1966
Sebagai jurulatih ketiga bukan Inggeris, Tuchel berada di bawah tekanan untuk membuahkan hasil.
Tetapi Rogers yakin bekas bos Chelsea dan Bayern Munich itu, yang pernah memenangi Liga Juara-Juara pada zamannya di Stamford Bridge, boleh mengatasi jangkaan itu.
“Memenangi Piala Dunia adalah satu-satunya matlamat, dia sangat jelas dan telus tentang apa dan bagaimana yang dia mahu lakukan, apa yang sedang dia lihat dalam diri kita, dan apa yang perlu diperbaiki,” katanya.
“Ia adalah sangat telus, tiada jalan pintas. Ia lurus dan begitulah dia. Cara terbaik untuk menyampaikan maklumat adalah dengan cara seperti itu.” – AFP
