Wednesday, December 25, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Austin, Miami kekal perlumbaan F1

    LONDON, 12 JULAI – Miami dan Austin, Texas, akan mengekalkan saingan perlumbaan Formula 1 (F1) mereka tahun depan manakala Belgium mendapat peluang untuk menganjurkan perlumbaan itu menggantikan Austria.

    Bilangan perlumbaan pecut pada kalender F1 untuk tahun ketiga masih kekal dengan 24 acara termasuk enam acara pecut.

    Litar Americas di Austin dan litar jalanan Miami serta trek Spa-Francorchamps Belgium, yang merupakan satu-satunya tempat perlumbaan pecut 2025 yang tidak menganjurkan acara tersebut tahun ini, walaupun ia telah menganjurkannya pada 2023.

    Ia akan menjadi tahun ketiga perlumbaan pecut di Austin dan yang kedua di Miami.

    Tiga lagi perlumbaan pecut untuk 2025 akan diadakan di Brazil untuk tahun kelima berturut-turut termasuk China dan Qatar.

    F1 menukar jadual hujung minggunya bagi tahun ini untuk mengalihkan perlumbaan pecut ke Sabtu lebih awal, sebelum layak ke Grand Prix. – AP

    Pemandu Red Bull, Max Verstappen, dari Belanda melintasi garisan penamat untuk memenangi acara perlumbaan pecut di litar lumba Red Bull Ring di Spielberg, Austria pada 29 Jun. Miami dan Austin, Texas, akan mengekalkan perlumbaan pecut F1 mereka tahun depan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda