Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Austin Reaves lakar sejarah bersama Lakers

    LOS ANGELES, 9 FEB – Lima pemain pertama yang mencatat sekurang-kurangnya 45 mata, tujuh rebound dan tujuh assist dalam satu perlawanan untuk Los Angeles Lakers ialah Elgin Baylor, Jerry West, Magic Johnson, Kobe Bryant dan LeBron James.

    Pemain keenam ialah Austin Reaves, yang mencapai angka tersebut ketika memimpin Lakers yang kekurangan pemain untuk meraih kemenangan 124-117 ke atas Indiana, kelmarin.

    “Nampak pelik bila melihat nama saya di situ,” kata Reaves dengan senyuman.

    Namun, ia semakin menarik dengan setiap pencapaian Reaves, yang menyertai Lakers sebagai pemain tidak diambil dari Oklahoma tiga setengah tahun lalu.

    Dia telah berkembang menjadi pemain utama dan penyumbang penting bagi pasukan kegemarannya sejak dia masih menetap di kawasan luar bandar Arkansas, mengidolakan Kobe Bryant dan tidak membiarkan sesiapa pun menghalangnya daripada mengejar impian NBAnya.

    Austin Reaves (kiri), melakukan dunk sambil diperhatikan Andrew Nembhard semasa separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA pada 8 Februari, di Los Angeles. – AP

    Ketika Los Angeles terpaksa bermain tanpa LeBron James yang cedera dan Luka Doncic menentang Indiana, pasukan keempat terbaik di East Conference, Reaves tampil dengan aksiterbaik dalam kariernya setakat ini.

    Dia berjaya melakukan 14 daripada 26 percubaan, menyempurnakan empat lontaran tiga mata dan mencatat 13 daripada 13 lemparan percuma, selain sering melancarkan serangan di saat genting.

    Selain tujuh rebound, tujuh assist dan tiga steal, Reaves berjaya memimpin Lakers menewaskan pasukan Pacers yang berbakat. Tidak hairanlah Reaves menerima sorakan “M-V-P!” daripada peminat Lakers yang bersyukur dapat menyaksikan sesuatu yang luar biasa walaupun James dan Doncic hanya duduk di bangku simpanan dalam pakaian biasa.

    James mengalami kecederaan buku lali kiri, manakala Doncic belum bersedia untuk penampilannya. Lakers juga masih dalam keadaan tidak menentu selepas kehilangan Anthony Davis, Max Christie, Dalton Knecht dan Cam Reddish dalam dua pertukaran sebelum tarikh akhir perpindahan – dan kini mereka semakin bergelut selepas membatalkan pertukaran Knecht dan Reddish untuk mendapatkan pemain tengah Charlotte, Mark Williams.

    Lebih daripada itu, Reaves juga mengalami kesakitan pada siku kiri yang sebenarnya boleh menyingkirnya daripada perlawanan bersejarah itu.

    Dia hanya membuat keputusan untuk bermain beberapa saat sebelum waktu akhir pengesahan – dan Lakers sangat lega dengan keputusannya itu. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda