Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Australia, ASEAN tingkatkan penglibatan ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 MAC – Australia akan melancarkan Strategi Ekonomi Asia Tenggara pada akhir tahun ini yang bertujuan untuk memaksimumkan penglibatan dan potensi ekonomi dengan negara-negara di rantau ini, kata Menteri Luar, Penny Wong.

Beliau berkata Australia mahu memperdalam hubungan perdagangan dan pelaburan dengan rantau ini dan menerusi penglibatan dengan pemimpin serta rakyat di Asia Tenggara, pembangunan ekonomi dilihat menjadi keutamaan.

“Antara perkara yang saya sangat beri tumpuan utama apabila kita menjadi kerajaan adalah untuk melihat bagaimana kita boleh memaksimumkan penglibatan ekonomi kita dengan rantau ini.

“Awda tahu, kami bukan Jepun atau Amerika Syarikat atau China, kami bukan ekonomi yang besar tetapi apa yang saya persoalkan ialah adakah kita sudah melakukan sebanyak mungkin dari segi penglibatan ekonomi?” katanya dalam temu bual dengan Bernama sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia baru-baru ini.

Beliau berkata utusan khas Australia untuk Asia Tenggara, Nicholas Moore telah ditugaskan mengetuai perundingan dan penglibatan dengan perniagaan, kerajaan dan pihak berkepentingan untuk merangka strategi berkenaan.

Jumlah dagangan dua hala Australia dengan negara-negara di ASEAN adalah A$127 bilion pada 2021, menyumbang hampir 14 peratus daripada keseluruhan perdagangan Australia.
– Bernama

Menteri Luar Australia, Penny Wong pada temu bual bersama wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Suruhanjaya Tinggi Australia baru-baru ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -