SYDNEY, 29 Nov – Australia akan cuba untuk melayakkan diri bagi Piala Davis yang baharu, selepas mereka diumumkan menghadapi Bosnia dan Herzegovina pada gelanggang permukaan keras di Adelaide pada bulan Februari, pada pengumuman hari ini.
Di bawah satu format baharu yang kontroversi oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa dengan kerjasama kumpulan pelaburan yang diterajui oleh pemain bola sepak Barcelona, Gerard Pique, di mana kejohanan itu kini diputuskan bagi penyertaan 18 pasukan.
Ia akan diadakan di Madrid pada November 2019.
Enam pasukan sudah mengesahkan tempat mereka, sementara Australia – pasukan kedua paling berjaya dalam Piala Davis di belakang Amerika Syarikat, perlu melayakkan diri.
Format baharu akan menyaksikan mereka bermain menentang Bosnia dalam perlawanan tiga set, berbeza dengan lima set sebelum ini, pada 1 dan 2 Februari, dengan dua perlawanan perseorangan diadakan pada hari pertama, sementara beregu dan timbal balik perseorangan pada hari kedua. – AFP