SYDNEY, 1 MEI – Australia akan menimbang melonggarkan sekatan koronavirus pada minggu depan, umum pegawai hari ini, tatkala jumlah kes tempatan merosot dan kesan krisis ke atas ekonomi berkurangan.
Perdana Menteri Scott Morrison berkata kabinet negara akan bertemu pada 8 Mei – seminggu lebih awal daripada dijangka – untuk menimbang melonggarkan langkah penjarakan sosial yang telah mengurung berjuta-juta warga Australia di rumah, melarang hampir kesemua perjalanan dan membawa kepada kemelesetan perniagaan.
“Kami perlu menghidupkan semula ekonomi kami.” – AFP